Yeahh! MUET Reading, Writing, & Listening test dah pun selesai. Woohoo! XD Alhamdulillah Syukur. Reading & Listening Test In syaa allah aku boleh score. Tapi untuk Paper Writing agak hancus di situ.
Masa dapat Paper Writing tadi, aku belek-belek soalan dia. Soalan satu(1) kena buat report berdasarkan graph yang dia bagi, dan soalan dua(2) mengenai manusia dan alam sekitar. Aku baca balik soalan satu(1), then tiba-tiba aku blank BLANK! For 20 MINUTES! Argghh! Perlahan-lahan aku mula baca ayat kursi dan ayat penerang hati. Fuh! Alhamdulillah, aku stabil semula. Aku tinggalkan soalan satu(1) dan beralih kepada soalan dua(2). Terus aku draf segala yang terlintas di fikiran. 10 minit kemudian, aku mula mengarang. Mengarang, Mengarang, Mengarang, Mengarang, Mengarang, Mengarang, dan Mengarang. Yes! Siap 1 karangan. XD
Mata terus melirik ke muka jam. Arghh!! Dead me!! About 30 minutes left! Aku dengan gelojoh, terus pergi ke soalan pertama. Dan aku blank lagi. Ya Allah! Bantulah hamba Mu ini. TT__TT Aku nekad, draf je ape yang ada dalam kepala. "10 minutes left!". "Diam la mangkuk tingkat!!"(Hati yang berkata-kata). "Times Up! Please bla bla bla...". Erkk =..=" Aku baru siap tiga(3) perenggan setengah. Adoiyyaii. Masak!
Aku keluar bilik peperiksaan dengan muka kecewa. "Ari, ape macam? Boleh jawab? Susah gak soalan dia tadi". "Boleh la Bhai daripada aku tak jawab langsung, tapi tak tau la boleh score ke tidak. Huhu". Tiba-tiba aku terdengar perbualan antara 2 orang student yang aku tak berapa kenal. "Wehh, aku tak dapat jawab la soalan satu(1) tadi. Tapi soalan dua(2) aku buat. Siap 2 page." Engko biar betul?! Aku pun lebih kurang jugak laa. Adoiyy". Adeh, sedangkan yang amek tusyen MUET tak boleh nk buat semua, apatah lagi aku yang study dengan New Strait Time & Reader's Digest. Huuuuu TT__TT
Kalau aku tak dapat Band 3 MUET, habis laa aku. Janji harus ditepati. Walau apa pun, hidup perlu diteruskan. Yeahh
But that doesn't mean I didn't care about promise that I've made to her. I don't want to lose her. Hopefully every things gonna be OK. In Syaa Allah
Saturday, 9 March 2013
Saturday, 2 March 2013
MUET: Speaking
Tiga(3) hari telahpun berlalu daripada tarikh MUET Speaking Test (27 Feb 2013). Segalanya telah pun selesai. Huh!? o_O Nope! Not yet! Reading, Writing, & Listening Test belum lepas lagi. Erkk =..=" Anyway, Speaking test dah pun lepas walaupun tak sebaik yang dirancang. Hmph.
I think I'm well prepared, but I'm not actually. Pagi tu, aku pergi ke bilik menunggu bersahaja, tidak gentar, tiada Gemuruh, buat relax, buat cool, & buat peace. (lebih kurang macam ni laa ^_^v). Group by group examiner panggil. Tangan dan kaki mula rasa sejuk & kebas. Jantung mula berdegup kencang. Adrenalin laju. Ayat Kursi dan ayat-ayat penerang hati semakin rancak dibaca. Then, the examiner came in and nod on us. It's our turn! Duduk je kat meja discussion, nadi menjadi lebih laju, peluh sejuk mula merembes walaupun keadaan bertambah sejuk. "I lost my thought! Oh Allah please guide me". Walau ape pun aku tetap kena teruskan, sebab lepas habis diploma, aku berhasrat unutk terus menyambung pelajaran ke peringkat ijazah, dan sekurang-kurangnya aku perlukan Band3 MUET dan aku kena teruskan sebab I've made my promise to someone else to achieve Band3!
Rupanya, ada antara kami yang lebih malang sebab dia tak dapat nk bercakap Bahasa Inggeris dengan baik. Bukanlah aku nk menyatakan aku bagus dalam berbahasa Inggeris. Tidak. Sebaliknya aku bersyukur kerana aku mampu berbahasa Inggeris walaupun tidak sefasih OmPutih. Yang rancak "berborak" pada masa tu cuma aku, dan kawan serumah aku. Then, times up dan kami menghembuskan nafas lega setelah ujian selesai. Yeah! XD
Tapi, bila aku sampai rumah, aku perasan yang tangan dan kaki aku masih lagi sejuk walaupun sudah lebih sejam aku keluar dari bilik tersebut. Dan aku terus demam selama dua(2) hari. Urghh =_="

Wednesday, 20 February 2013
10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya
1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk mengulang kaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.
2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulang kaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.
3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.
4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.
5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.
6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.
7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.
8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.
9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.
10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.
Sumber dari Blog Hafizah Abdullah
Sunday, 10 February 2013
My Pet
Hellooo there ^_^v
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua =) Apa khabar? Ada sihat? Ada baik? Harapnya semua sihat-sihat belaka.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua =) Apa khabar? Ada sihat? Ada baik? Harapnya semua sihat-sihat belaka.
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang Azri gilakan. Pantang nampak kucing mesti nak cuit, mesti nak belai, mesti nak buat main. Kecuali kucing kurap. Ehehe. Azri suka kucing sebab dia chomeyy, dia manja, dia fluffy, boleh buat kawan, dan dia playful. Kalau bab fluffy tu, semua benda fluffy Azri nk buat main. Ngehehe.
Kat rumah maktok(nenek) ada bela kucing. Dulu ada banyak. Hampir 20 ekor! Ya, 20 ekor. Macam-macam nama ada. Si Pendek, Tompok, Langsat, Ciku, Neneng, dan banyak lagi laa. Haaa nanti kalau disebut semuanya, juling pulak mata yang membaca. Haha. Masa zaman sekolah dulu, patang jumpa kucing kat dalam kebun @ tepi jalan, mesti azri pungut bawak balik rumah. Sampai jee rumah terus kena marah. "Engko bawak balik kucing banyak-banyak kat rumah ni sape yang nak bela, hah? Yang kat rumah ni pun x terbela engko tau tak?" Huhuhu Azri terus bg kucing tu makan. Yelah, dah bawak balik takkan nak buang balik. Kesian woo. Tapi sekarang da tinggal beberapa ekor jee.
Ingat lagi masa tu, dalam perjalanan nak ke rumah nenek. Time tu hujan renyai. Tengah syok2 kayuh basikal, tiba-tiba azri terdengar bunyi anak kucing kat dalam semak. Azri patah balik & tengok dalam semak tu. Ada seekor anak kucing lebih kurang berumur 2 @ 3 minggu. Tak berapa ingat. Kucing tu dah basah dengan hujan. Azri pun amek dia masukkan dalam beg biar tak kena hujan. Sampai rumah, azri terus keluarkan. Macam biasa, ada "intro" sebelum Azri sempat cakap nak bela kucing tu. Hehe. Then, maktok tanya nak bagi nama apa. Terlintas dalam kepala Azri nak panggil dia Kuyup sebab dia dah basah masa Azri jumpa dia. Hahaha. Dalam banyak-banyak kucing, Si Kuyup ni merupakan kucing yang paling setia dengan Azri. Panggil sekali jee dia datang, Azri pergi mana-mana dalam kawasan rumah mesti dia ikut. Kalau Azri marah dia, dia akan diam dan buat muka sedih seolah-olah dia faham yang Azri tengah marah pada dia. Paling best, tiap kali azri sampai jee kat rumah maktok, mesti Si Kuyup ni jadi penyambut.
(Gambar Hiasan) Kucing atas ni macam Si Gemok. Si Gemok ni kalau dia marah, dia suka "merungut". Dia suka "buang tebiat", lari sana sini macam ada kucing lain tengah main dengan dia. Hewhew. Agak seram di situ =3
Ingat lagi masa tu, dalam perjalanan nak ke rumah nenek. Time tu hujan renyai. Tengah syok2 kayuh basikal, tiba-tiba azri terdengar bunyi anak kucing kat dalam semak. Azri patah balik & tengok dalam semak tu. Ada seekor anak kucing lebih kurang berumur 2 @ 3 minggu. Tak berapa ingat. Kucing tu dah basah dengan hujan. Azri pun amek dia masukkan dalam beg biar tak kena hujan. Sampai rumah, azri terus keluarkan. Macam biasa, ada "intro" sebelum Azri sempat cakap nak bela kucing tu. Hehe. Then, maktok tanya nak bagi nama apa. Terlintas dalam kepala Azri nak panggil dia Kuyup sebab dia dah basah masa Azri jumpa dia. Hahaha. Dalam banyak-banyak kucing, Si Kuyup ni merupakan kucing yang paling setia dengan Azri. Panggil sekali jee dia datang, Azri pergi mana-mana dalam kawasan rumah mesti dia ikut. Kalau Azri marah dia, dia akan diam dan buat muka sedih seolah-olah dia faham yang Azri tengah marah pada dia. Paling best, tiap kali azri sampai jee kat rumah maktok, mesti Si Kuyup ni jadi penyambut.
(Gambar Hiasan) Dia macam Pak Tam. Pak Tam Azri badan dia tough tapi "lembik". Dia suka buat muka ketat, muka poyo, muka tak puas hati. Tapi dia manja.
Dan setiap pertemuan ada perpisahannya. Suatu hari ni, Si Kuyup menyelinap masuk ke dalam rumah dan membongkar tong sampah yang berada di dapur. Maktok perasan dan marah-marah pada Si Kuyup. Siap kena hambat dengan penyapu. Dia tak lari, dia duduk diam2 dengan muka sedih. Tak lama lepas tu dia naik ke ruang tamu dan baring di atas lengan Azri. Dia pandang muka Azri sambil Azri belai dia. "Itu la engko, laen kali masuk rumah jangan gatal nak menyelongkar. Kan da kene hambat. Lain kali da masuk duk duduk la diam-diam." Dia tundukkan muka seolah-olah dia faham yg dia bersalah. Petang tu masa bagi kucing-kucing makan, Azri perasan Kuyup tak ada. Puas Azri cari, tapi tak jumpa. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan seterusnya. Kuyup tak pulang ke rumah. Dia hilang. Mungkin dia mati dipatuk ular tedung, mungkin dimakan ular sawa, mungkin lari ke rumah jiran. Dan dia terus hilang. Lepas dari itu, Azri dah rasa tawar hati, patah hati nak bela kucing, takut nanti bila kehilangan, Azri tak dapat terima. Mungkin kerana terlalu SAYANG. Mungkin kerana Azri akan MERINDUI. But still, Azri masih gilakan kucing XD
Yeahh. Mungkin setakat ni saja yang Azri dapat kongsikan pada masa ini. Kalau ada masa, In Syaa Allah Azri akan coretkan perjalanan hidup Azri yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama. Sama-sama ambil iktibar, mungkin Ambil yang jernih buangkan yang keruh. ^_^v

Tuesday, 5 February 2013
MUET (Malaysian University English Test)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! ^_^v
How are you guys? Feeling well? I hope every things fine =)
Haa...kali ni Azri nak bercerita serba sedikit mengenai MUET yang akan Azri duduki tak lama lagi. Apa itu MUET? Sejenis kuih ke? (Ingat makanan jee keje dia =P Hahah).
Ok..MUET dalam nama panjangnya ialah Malaysian University English Test. Yeah. English Test! Kebanyakan calon-calon yang menduduki MUET adalah untuk memohon kemasukan ke universiti dan kolej awam atau swasta. MUET adalah prasyarat dan wajib, dalam memohon untuk kemasukan ke semua universiti dan kolej awam di Malaysia. Setiap universiti dan kolej telah menetapkan band yang tertentu untuk setiap kursus yang di tawarkan. Jadi, bagi sesiapa yang nak sambung belajar ke peringkat Ijazah @ Degree @ yang lebih tinggi, cepat-cepat laa ambil MUET. Takut nanti terkandas.
Memandangkan semester ini merupakan semester terakhir Azri belajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Azri dah buat decision untuk ambil MUET dan sambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Yeah. Decision have been made. Sebelum ni Azri tak bercadang pun nak sambung pelajaran, tapi disebabkan "desakan-desakan" daripada ahli keluarga tersayang dan juga semangat yang datang dari orang tertentu (YOUR presence cracked up my shell & woke me up, Thanks ^_^v), Azri berubah fikiran. Demi masa depan yang lebih cerah. In Syaa Allah ^_^v
Firstly, Azri terfikir mengenai speaking test. Owh mannn. Aku tak terer speaking! Kalau setakat baca & buat karangan tu boleh laa In Syaa Allah. Kalau speaking mesti tersyasyul-syasyul. Ok tak mengapa. Azri try cari majalah Bahasa Inggeris. Orang kata majalah Reader's Digest tu bagus. Bagus dari segi penggunaan Bahasa Inggerisnya dan juga isinya. Ya. Azri beli majalah tu. Azri try baca majalah tu dengan nada suara yang sederhana dengan tujuan dapat melembutkan lidah dan melancarkan sebutan Bahasa Inggeris. It really works, a little. Then, Azri minta pendapat dari rakan-rakan yang berpengalaman. Ada yang mencadangkan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Ada pula yang menasihatkan Azri supaya membuat latihan berdasarkan soalan-soalan MUET yang lepas. Hmmm. I WILL try my best to get band 4...at least. (Poyo giler mamat nih. Ada hati nak dapat band four(4) dan keatas =P) Ya, memang terasa harapan tu macam tinggi sangat sebab ramai rakan-rakan seperjuangan yang pro BI kecundang. Yang Pro pun kecundang apatah lagi yang Noob. hahah Negatif sangat fikiran ko tu Azri. Go Azri Go!! Usaha tangga kejayaan!! Huarghh (terkentut)
Antara "kawan" setia yang membantu saya dalam mencari
bahan-bahan dan latihan MUET, Uncle Google.
Antara blog yang menjadi bahan rujukan.
So, there is no much time left for me. About two(2) more weeks to go. Wish me luck ^_^v
Mimpi
Assalammualaikum ^_^v
Mimpi. Mimpi ada yang indah, ngeri, pahit dan sebagainya. Mimpi hanyalah mainan tidur. Tapi ada kalanya mimpi itu mengandungi petunjuk dan menjadi nyata. Cuma aku tak tahu mana satu mainan dan mana satu petunjuk. Apa yang pasti ianya tetap mimpi. Aku bukan tok dukun nak meramal mimpi nih. Heh =P
Beberapa malam yang lepas, aku termimpi berjumpa dengan mereka. Ya, mereka. Siapa mereka? Mereka ialah arwah kedua ibu bapa dan juga arwah adik ku. Aku tak pasti sama ada ianya permainan syaitan atau kurniaan dariNya. I'm speechless. Terang. Wangi. Air mata mula jatuh berguguran. Mereka tersenyum kearah aku. Aku membalas senyuman dan memberi salam. Dan salamku disambut dengan senyuman. Arwah ibu mengesat air mata ku yang berguguran. Tiada suara dari mereka walaupun sepatah kecuali aku. Aku bersalaman dengan mereka, kucup tangan mereka, kucup pipi mereka, peluk mereka. Perbuatan yang aku rindui selama 14 tahun ini. Kali terakhir aku berbuat demikian ketika aku berumur 6 tahun. Mereka usap kepala ku, cubit pipi ku dan kucup pipiku.
Aku meminta ampun dan maaf daripada mereka. Aku tahu, selama ketiadaan mereka, aku banyak berbuat dosa. Dan aku meminta ampun dan maaf sekiranya dosa-dosa yang pernah aku lakukan selama ini menyebabkan mereka terseksa di alam sana. Mereka hanya tersenyum manis. Mereka melepaskan genggaman tangan ku dan mula menjauh dan hilang dari pandangan perlahan-lahan. Aku hanya mampu menangis.
Selama 14 tahun kehidupanku tanpa mereka, aku hanya mampu melihat kehidupan orang lain bersama ibu bapa mereka. Aku cemburu. Aku hanya penonton. Tapi malam tu, aku diberi peluang. Aku bersyukur walaupun sekejap. Aku bersyukur kerana aku diberikan peluang.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-dosa mereka, Engkau cucurilah rahmat ke atas roh mereka, Engkau jauhkanlah mereka daripada azab api neraka Mu. Amin Ya Robbal 'Alamin.
Sunday, 20 January 2013
Bosan? Hobi?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian ^_^v (ade ke yang bace entry aku ni? hahah =P). Gurau je. Hehe. Anda semua apa khabar? Sihat? Alhamdulillah ^_^ Laa, ni kenapa monyok je ni? Demam ke? Sakit kepala? Ok ok. Nah, makan panadol ni =D Get well soon ok ^_^
Ok, untuk entry kali ni Azri nak cerita mengenai hobi@Hobby. Korang semua mesti ada hobi masing-masing, kan? Hobi Azri? Hmmm. Aktiviti yang selalu Azri buat pada waktu lapang ialah main VIDEO GAMES!! XD (tapi kadang-kadang kalau dah stress sangat buat kerja, azri main game jugak. Ngehehe). Azri study pun dalam bidang Game Technology. Kenapa video game? Sebab video game dapat meningkatkan daya pemikiran kita. Contohnya seperti game Command & Conquer 4, Puzzle Games, The Sims 3, Sims City 4, Rise Of Nations, dan Shogun Total War 2. Melalui video game juga, kita dapat mengenali personaliti si pemain. Haaa. Nak kenal kawan-kawan korang dengan lebih detail? Cer bagi diorang main game. Agak-agak kalau diorang menunjukkan sikap aggressive dalam game, maka berhati-hatilah anda, ya. Hehehe. Dan yang terakhir, sudah tentu main video games ni dapat melegakan stress dan menyeronokkan. (Cap jempol sebijik)

Screenshot bagi game

Screenshot bagi game
Command&Conquer 4:
Tiberium Twilight
Screenshot bagi game
Shogun Total War 2
Game ni mengambil latar zaman pemerintan Daimiyo @ Shogun, sebelum daerah-daerah kecil bersatu menjadi negara Jepun.
Screenshot Sim City 4
Susah juga sebenarnya nak jadi
Susah juga sebenarnya nak jadi
seorang datuk bandar yang
berjaya. huhuhu =P
Ok. Selain daripada itu, azri suka memasak. Kenapa? Tak percaya? Heheh. Tapi tak sedap mana pun. kira boleh laa. Tipu la kalau azri masak sedapnya sama taraf dengan chef hotel lima bintang. Dengan tauke warung kat tepi jalan tu pun belum tentu boleh challenge. Yang penting nenek Azri puji, Azri masak lebih sedap dari adik Azri. Muehehe XD (Bangga gila!!) Astaghfirullah, Haha. Azri belajar masak dengan cara eksperiment. Cuba, cuba, & cuba. Sampai sekarang, kalau duduk kt rumah, Azri la jadi tukang masak kat dapur. Time Raya Aidilfitri & Aidiladha pun macam tu jugak. Cuma raya tahun lepas je tak dapat masak sebab sampai kampung pagi raya. Ishk ishk. Sedihnyeee T___T
Haaa...ni azri tak tau ape
yang Azri masak. Huhu =P Broccoli+Steamed Chicken Breast+Kidney Bean+Tomato+Telur. Layan (Cap jempol sebijik)
Ni favourite den, asam pedas ikan pari. Dalam asam pedas ni biasenye bubuh serbuk kari sikit. Nenek Azri yang ajar.

Antara menu utama masa raya, rendang daging. Nyum nyum
Dan hobi yang terakhir sekali yang azri boleh nyatakan di sini ialah, azri suka merayau. Huhuhu. Nampak sangat bosan tahap dewa. Kalau dulu time sekolah rendah, Azri suka merayau dalam kebun dan panjat pokok. Haaaaa. Jangan tak percaya pulak. Tapi sekarang da tak boleh da. Kalau boleh pun, mesti pokok tu merayu-rayu kat Azri supaya jangan panjat. Ekekeke XD Tiap kali balik rumah lepas merayau, mesti kene bebel dengan nenek, "Engko amek cangkul ngan parang gi memancah kat kebun tu lagi bagus! blablabla". Erkk =..=" Sekarang azri da tak merayau kat kebun lagi da. Semenjak dua menjak ade CIK SAYANG satu ni, memang merayau atas jalan raya je laa. Hihihi. Jangan jeless. Biasanye kami akan ronda-ronda dalam bandar, kampung, atau mana2 tempat yang mempunyai pemandangan yang indah dan menenangkan jiwa. Tapi Azri jarang merayau dalam shopping mall, Summit Parade, Batu Pahat Mall, dan sewaktu dengannya. Terlalu crowded, banyak distraction. Kadang-kadang rase nak muntah. Weekkkk =..="
Wokehh. Kalau nak cerita pasal hobi Azri yang lain, memang banyak. Takut nanti ada yang juling pulak baca entry panjang-panjang. Yang kat atas ni adalah antara perkara yang kerap Azri lakukan sebagai hobi. Setakat ni je la yang azri mampu tulis dalam Th3Wand3r3rsDiary ni ^_^
Harap maaf kalau ada yang tersinggung ^_^v
Siapa agaknya CIK SAYANG tu ek?? heeee
Harap maaf kalau ada yang tersinggung ^_^v
Siapa agaknya CIK SAYANG tu ek?? heeee
Thursday, 17 January 2013
Bintang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hye semua!! Apa khabar? Amboihh...Happy betul kawan kita yang sorang tu. Mesti ada ape-ape ni kn? Ni ada yang sedih ni kenapa ni? Jangan sedih sedih ok. Nah sapu tangan. Lap air mata tu. Heee ^_^v
Ok...hari ni Azri nk bercerita tentang bintang. Ya, Bintang! Haaa. bercerita pasal bintang, antara korang semua ni mesti ada yang terfikir pasal Bintang Hati. Secret admire a.k.a. buah hati gitu. Hahaha. Tapi, sebenarnya Azri bukan nak bercerita mengenai Bintang Hati, ok. Ni berkenaan bintang yang bertaburan di langit. Pernah tak korang mendongak ke langit dan menatap keindahan butiran-butiran bintang yang bertaburan pada waktu malam? Keindahannya akan lebih menyerlah bila bulan penuh turut menjadi peneman. Mesti pernah kan? Tipu la kalau tak pernah. Hehehe.
Azri ada terbaca dalam salah sebuah majalah sains yang menyatakan bahawa bintang itu sebenarnya adalah planet marikh atau bintang regulus. Terdapat empat(4) buat planet yang boleh kita saksikan dengan mata kasar dari bumi, yang paling hampir ialah Marikh. Planet Marikh memancarkan cahaya kemerah-merahan. Bintang regulus pula adalah bintang yang dekat dengan Marikh dan berkedudukan dalam buruj Leo. Ya, LEO. Ada pula yang mengatakan bahawa bintang tersebut ialah sebuah satellite. Antara sebab yang dinyatakan kalau tak silap Azri cahaya yang dipancarkan tak berkelip. Dalam kepala azri dah terbayang yang satelit tu mamantulkan cahaya matahari. Hahaha. Azri tanya kat nenek Azri. Dia kata bintang tu namanya Bintang Timur, sebab bintang tu berkedudukan di arah timur dan antara bintang yang terang. Haruskah aku percaya? Hahahah. Silly me =P Tapi azri percaya dia adalah antara dua(2), Marikh dan Regulus. Azri tak kisah la siapa dia yang sebenarnya, asalkan dia ada kat situ. Bagi azri dia tetap bintang. Bintang chomey yang memancarkan cahaya dengan penuh yakin dan ceria. One in a million. ^_^v
Kalau-kalau korang tau lebih lanjut mengenai bintang ni, boleh la share pada bahagian komen. Azri memohon maaf sekiranya entry kali ini kurang menarik, kurang berisi, dan kalau kalau ada menyinggung "perasaan" Si Bintang Timur a.k.a. Satellite a.k.a. Planet or whatever it is. Almaklumlah, Azri kurang bijak dalam bidang astronomi. Maaf kan saya >_<"
Sekian dari Azri Azizan, anak kelahiran Johor Darul Ta'zim.
p/s: Dengar kata orang Johor pandai berkias. Hehehee ^_^v

Cantik kan pemandangan kat atas ni? Haaa...Siapa yang tak pernah melihat dan menikmati keindahan ciptaan tuhan ni, memang rugi. Masa zaman SPM dulu, azri suka lepak-lepak ambil angin di luar rumah sambil menikmati keindahan malam. Biasanya azri lepak dengan dua orang cousin azri yang azri sendiri dah anggap macam adik-beradik sendiri. Kadang-kadang kami lepak sampai baring kt atas jalan. Biasa la, jalan kat dalam kampung tak banyak kenderaan lalu-lalang. Hehehe. Nampak sangat takde kerja. Sekarang pun masih lagi Azri lakukan aktiviti "bermanfaat" ni, bezanya cuma sekarang ni lepak seorang diri & azri dah besyo(besar) (dulu dengan sekarang sama je besyonye. huhuhu =P)
Tipu la, kalau salah seorang yang kat atas ni aku. Hahahahah XD
Dalam pada masa Azri menikmati keindahan taburan bintang tu, Azri tertarik pada sebutir bintang yang terang cahayanya. Dia menonjolkan dirinya dengan penuh yakin, tanpa ragu-ragu. Brilliant! Dan dia antara bintang yang tercomel. Bagi Azri la. Setiap kali Azri memandang ke arah langit malam, bintang tu mesti ada kat situ. Tapi kadang-kala azri tak nampak, mungkin dia tak keluar malam tu, atau mungkin dia berada di sebalik awan yang menutup langit. Ada masanya bintang tu nampak tak bermaya, tak ceria, maybe disebabkan cuaca mendung. Dan Azri pun turut terasa kesayuannya.
Nampak tak bintang yang sebutir tu. Hehehe. Terasa happy bila tiap kali azri pandang ke langit, dia ada kat situ sambil memancarkan cahayanya yang terang dan ceria. =D
Azri ada terbaca dalam salah sebuah majalah sains yang menyatakan bahawa bintang itu sebenarnya adalah planet marikh atau bintang regulus. Terdapat empat(4) buat planet yang boleh kita saksikan dengan mata kasar dari bumi, yang paling hampir ialah Marikh. Planet Marikh memancarkan cahaya kemerah-merahan. Bintang regulus pula adalah bintang yang dekat dengan Marikh dan berkedudukan dalam buruj Leo. Ya, LEO. Ada pula yang mengatakan bahawa bintang tersebut ialah sebuah satellite. Antara sebab yang dinyatakan kalau tak silap Azri cahaya yang dipancarkan tak berkelip. Dalam kepala azri dah terbayang yang satelit tu mamantulkan cahaya matahari. Hahaha. Azri tanya kat nenek Azri. Dia kata bintang tu namanya Bintang Timur, sebab bintang tu berkedudukan di arah timur dan antara bintang yang terang. Haruskah aku percaya? Hahahah. Silly me =P Tapi azri percaya dia adalah antara dua(2), Marikh dan Regulus. Azri tak kisah la siapa dia yang sebenarnya, asalkan dia ada kat situ. Bagi azri dia tetap bintang. Bintang chomey yang memancarkan cahaya dengan penuh yakin dan ceria. One in a million. ^_^v
Kalau-kalau korang tau lebih lanjut mengenai bintang ni, boleh la share pada bahagian komen. Azri memohon maaf sekiranya entry kali ini kurang menarik, kurang berisi, dan kalau kalau ada menyinggung "perasaan" Si Bintang Timur a.k.a. Satellite a.k.a. Planet or whatever it is. Almaklumlah, Azri kurang bijak dalam bidang astronomi. Maaf kan saya >_<"
Sekian dari Azri Azizan, anak kelahiran Johor Darul Ta'zim.
p/s: Dengar kata orang Johor pandai berkias. Hehehee ^_^v
Wednesday, 16 January 2013
Wanderer's Diary huh?
Hmm...Lets see...
Is this really a diary? hahaha
Aku pun x sure sbb korang boleh baca apa yg aku tulis. huhu =P
Ok...aku bukanlah siapa-siapa, aku hanya insan biasa. Ade kelebihan sendiri, ade kekurangan sendiri.
Sebelum ni, aku hanyalah seorang pembaca & pelawat blog. Rase seronok bila dpt baca kisah2 kehidupan mereka (blogger-blogger). Ada juga yang menulis blog untuk berkongsi maklumat, berkongsi minat (I love Gundam's Model kits!) dan sebagainya. Terdetik pula dalam hati ini utk menulis blog sendiri.
Tapi...
Aku bukanlah seorang yang pandai berbicara dan berkarya dalam bidang penulisan. Kalau tak percaya, korang baca laa hasil penulisan aku yang seterusnya, teruk ke tak. Haaaaaaa. (Memang teruk pun kan? hahaha).

Aku ni seorang yg pendiam, pemalu , bergaul dengan orang pun tak berapa reti. Sampaikan orang cakap aku ni sombong. "Poyo laa mamat nehh, kerek". Tapi, kawan-kawan yang dah kenal aku tu, deorang faham. Dan aku pun kena berubah kalau tak nanti aku sendiri yang susah. heee
Aku tak tahu nak cerita apa buat masa ni...mungkin next time kalau ada event menarik berlaku aku boleh share kat sini. Mana yang jernih, boleh la diambil. Mana yang keruh tu sama-sama laa kita jadikan tauladan.
Tu je laa yang aku boleh tulis hari ni. Jumpa di entry yang akan datang ^_^v
~~Better try, than not doing anything~~
Subscribe to:
Comments (Atom)