Sunday, 20 January 2013

Bosan? Hobi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian ^_^v (ade ke yang bace entry aku ni? hahah =P). Gurau je. Hehe. Anda semua apa khabar? Sihat? Alhamdulillah ^_^ Laa, ni kenapa monyok je ni? Demam ke? Sakit kepala? Ok ok. Nah, makan panadol ni =D Get well soon ok ^_^



Ok, untuk entry kali ni Azri nak cerita mengenai hobi@Hobby. Korang semua mesti ada hobi masing-masing, kan? Hobi Azri? Hmmm. Aktiviti yang selalu Azri buat pada waktu lapang ialah main VIDEO GAMES!! XD (tapi kadang-kadang kalau dah stress sangat buat kerja, azri main game jugak. Ngehehe). Azri study pun dalam bidang Game Technology. Kenapa video game? Sebab video game dapat meningkatkan daya pemikiran kita. Contohnya seperti game Command & Conquer 4, Puzzle Games, The Sims 3, Sims City 4, Rise Of Nations, dan Shogun Total War 2. Melalui video game juga, kita dapat mengenali personaliti si pemain. Haaa. Nak kenal kawan-kawan korang dengan lebih detail? Cer bagi diorang main game. Agak-agak kalau diorang menunjukkan sikap aggressive dalam game, maka berhati-hatilah anda, ya. Hehehe. Dan yang terakhir, sudah tentu main video games ni dapat melegakan stress dan menyeronokkan. (Cap jempol sebijik)


Screenshot bagi game  
Command&Conquer 4:
Tiberium Twilight
   





Screenshot bagi game
Shogun Total War 2
Game ni mengambil latar zaman pemerintan Daimiyo @ Shogun, sebelum daerah-daerah kecil bersatu menjadi negara Jepun.
Screenshot Sim City 4
Susah juga sebenarnya nak jadi 
seorang datuk bandar yang
berjaya. huhuhu =P












Ok. Selain daripada itu, azri suka memasak. Kenapa? Tak percaya? Heheh. Tapi tak sedap mana pun. kira boleh laa. Tipu la kalau azri masak sedapnya sama taraf dengan chef hotel lima bintang. Dengan tauke warung kat tepi jalan tu pun belum tentu boleh challenge. Yang penting nenek Azri puji, Azri masak lebih sedap dari adik Azri. Muehehe XD (Bangga gila!!) Astaghfirullah, Haha. Azri belajar masak dengan cara eksperiment. Cuba, cuba, & cuba. Sampai sekarang, kalau duduk kt rumah, Azri la jadi tukang masak kat dapur. Time Raya Aidilfitri & Aidiladha pun macam tu jugak. Cuma raya tahun lepas je tak dapat masak sebab sampai kampung pagi raya. Ishk ishk. Sedihnyeee T___T

Haaa...ni azri tak tau ape
yang Azri masak. Huhu =P Broccoli+Steamed Chicken Breast+Kidney Bean+Tomato+Telur. Layan (Cap jempol sebijik)












Ni favourite den, asam pedas ikan pari. Dalam asam pedas ni biasenye bubuh serbuk kari sikit. Nenek Azri yang ajar.


Antara menu utama masa raya, rendang daging. Nyum nyum 











Dan hobi yang terakhir sekali yang azri boleh nyatakan di sini ialah, azri suka merayau. Huhuhu. Nampak sangat bosan tahap dewa. Kalau dulu time sekolah rendah, Azri suka merayau dalam kebun dan panjat pokok. Haaaaa. Jangan tak percaya pulak. Tapi sekarang da tak boleh da. Kalau boleh pun, mesti pokok tu merayu-rayu kat Azri supaya jangan panjat. Ekekeke XD Tiap kali balik rumah lepas merayau, mesti kene bebel dengan nenek, "Engko amek cangkul ngan parang gi memancah kat kebun tu lagi bagus! blablabla". Erkk =..=" Sekarang azri da tak merayau kat kebun lagi da. Semenjak dua menjak ade CIK SAYANG satu ni, memang merayau atas jalan raya je laa. Hihihi. Jangan jeless. Biasanye kami akan ronda-ronda dalam bandar, kampung, atau mana2 tempat yang mempunyai pemandangan yang indah dan menenangkan jiwa. Tapi Azri jarang merayau dalam shopping mall, Summit Parade, Batu Pahat Mall, dan sewaktu dengannya. Terlalu crowded, banyak distraction. Kadang-kadang rase nak muntah. Weekkkk =..="




Wokehh. Kalau nak cerita pasal hobi Azri yang lain, memang banyak. Takut nanti ada yang juling pulak baca entry panjang-panjang. Yang kat atas ni adalah antara perkara yang kerap Azri lakukan sebagai hobi. Setakat ni je la yang azri mampu tulis dalam Th3Wand3r3rsDiary ni ^_^
Harap maaf kalau ada yang tersinggung ^_^v

Siapa agaknya CIK SAYANG tu ek?? heeee

Thursday, 17 January 2013

Bintang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hye semua!! Apa khabar? Amboihh...Happy betul kawan kita yang sorang tu. Mesti ada ape-ape ni kn? Ni ada yang sedih ni kenapa ni? Jangan sedih sedih ok. Nah sapu tangan. Lap air mata tu. Heee ^_^v

Ok...hari ni Azri nk bercerita tentang bintang. Ya, Bintang! Haaa. bercerita pasal bintang, antara korang semua ni mesti ada yang terfikir pasal Bintang Hati. Secret admire a.k.a. buah hati gitu. Hahaha. Tapi, sebenarnya Azri bukan nak bercerita mengenai Bintang Hati, ok. Ni berkenaan bintang yang bertaburan di langit. Pernah tak korang mendongak ke langit dan menatap keindahan butiran-butiran bintang yang bertaburan pada waktu malam? Keindahannya akan lebih menyerlah bila bulan penuh turut menjadi peneman. Mesti pernah kan? Tipu la kalau tak pernah. Hehehe.




Cantik kan pemandangan kat atas ni? Haaa...Siapa yang tak pernah melihat dan menikmati keindahan ciptaan tuhan ni, memang rugi. Masa zaman SPM dulu, azri suka lepak-lepak ambil angin di luar rumah sambil menikmati keindahan malam. Biasanya azri lepak dengan dua orang cousin azri yang azri sendiri dah anggap macam adik-beradik sendiri. Kadang-kadang kami lepak sampai baring kt atas jalan. Biasa la, jalan kat dalam kampung tak banyak kenderaan lalu-lalang. Hehehe. Nampak sangat takde kerja. Sekarang pun masih lagi Azri lakukan aktiviti "bermanfaat" ni, bezanya cuma sekarang ni lepak  seorang diri & azri dah besyo(besar) (dulu dengan sekarang sama je besyonye. huhuhu =P)


Tipu la, kalau salah seorang yang kat atas ni aku. Hahahahah XD

Dalam pada masa Azri menikmati keindahan taburan bintang tu, Azri tertarik pada sebutir bintang yang terang cahayanya. Dia menonjolkan dirinya dengan penuh yakin, tanpa ragu-ragu. Brilliant! Dan dia antara bintang yang tercomel. Bagi Azri la. Setiap kali Azri memandang ke arah langit malam, bintang tu mesti ada kat situ. Tapi kadang-kala azri tak nampak, mungkin dia tak keluar malam tu, atau mungkin dia berada di sebalik awan yang menutup langit. Ada masanya bintang tu nampak tak bermaya, tak ceria, maybe disebabkan cuaca mendung. Dan Azri pun turut terasa kesayuannya.


Nampak tak bintang yang sebutir tu. Hehehe. Terasa happy bila tiap kali azri pandang ke langit, dia ada kat situ sambil memancarkan cahayanya yang terang dan ceria. =D


Azri ada terbaca dalam salah sebuah majalah sains yang menyatakan bahawa bintang itu sebenarnya adalah planet marikh atau bintang regulus. Terdapat empat(4) buat planet yang boleh kita saksikan dengan mata kasar dari bumi, yang paling hampir ialah Marikh. Planet Marikh memancarkan cahaya kemerah-merahan. Bintang regulus pula adalah bintang yang dekat dengan Marikh dan berkedudukan dalam buruj Leo. Ya, LEO. Ada pula yang mengatakan bahawa bintang tersebut ialah sebuah satellite. Antara sebab yang dinyatakan kalau tak silap Azri cahaya yang dipancarkan tak berkelip. Dalam kepala azri dah terbayang yang satelit tu mamantulkan cahaya matahari. Hahaha. Azri tanya kat nenek Azri. Dia kata bintang tu namanya Bintang Timur, sebab bintang tu berkedudukan di arah timur dan antara bintang yang terang. Haruskah aku percaya? Hahahah. Silly me =P Tapi azri percaya dia adalah antara dua(2), Marikh dan Regulus. Azri tak kisah la siapa dia yang sebenarnya, asalkan dia ada kat situ. Bagi azri dia tetap bintang. Bintang chomey yang memancarkan cahaya dengan penuh yakin dan ceria. One in a million. ^_^v

Kalau-kalau korang tau lebih lanjut mengenai bintang ni, boleh la share pada bahagian komen. Azri memohon maaf sekiranya entry kali ini kurang menarik, kurang berisi, dan kalau kalau ada menyinggung "perasaan" Si Bintang Timur a.k.a. Satellite a.k.a. Planet or whatever it is. Almaklumlah, Azri kurang bijak dalam bidang astronomi. Maaf kan saya >_<"

Sekian dari Azri Azizan, anak kelahiran Johor Darul Ta'zim.

p/s: Dengar kata orang Johor pandai berkias. Hehehee ^_^v

Wednesday, 16 January 2013

Wanderer's Diary huh?

Hmm...Lets see...
Is this really a diary? hahaha
Aku pun x sure sbb korang boleh baca apa yg aku tulis. huhu =P



Ok...aku bukanlah siapa-siapa, aku hanya insan biasa. Ade kelebihan sendiri, ade kekurangan sendiri.
Sebelum ni, aku hanyalah seorang pembaca & pelawat blog. Rase seronok bila dpt baca kisah2 kehidupan mereka (blogger-blogger). Ada juga yang menulis blog untuk berkongsi maklumat, berkongsi minat (I love Gundam's Model kits!) dan sebagainya. Terdetik pula dalam hati ini utk menulis blog sendiri.


Tapi...
Aku bukanlah seorang yang pandai berbicara dan berkarya dalam bidang penulisan. Kalau tak percaya, korang baca laa hasil penulisan aku yang seterusnya, teruk ke tak. Haaaaaaa. (Memang teruk pun kan? hahaha).

Aku ni seorang yg pendiam, pemalu , bergaul dengan orang pun tak berapa reti. Sampaikan orang cakap aku ni sombong. "Poyo laa mamat nehh, kerek". Tapi, kawan-kawan yang dah kenal aku tu, deorang faham. Dan aku pun kena berubah kalau tak nanti aku sendiri yang susah. heee



Aku tak tahu nak cerita apa buat masa ni...mungkin next time kalau ada event menarik berlaku aku boleh share kat sini. Mana yang jernih, boleh la diambil. Mana yang keruh tu sama-sama laa kita jadikan tauladan.

Tu je laa yang aku boleh tulis hari ni. Jumpa di entry yang akan datang ^_^v

~~Better try, than not doing anything~~