Wednesday, 20 February 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya




1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk mengulang kaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulang kaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Sumber dari Blog Hafizah Abdullah

Sunday, 10 February 2013

My Pet

Hellooo there ^_^v
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua =) Apa khabar? Ada sihat? Ada baik? Harapnya semua sihat-sihat belaka.


Kucing merupakan haiwan peliharaan yang Azri gilakan. Pantang nampak kucing mesti nak cuit, mesti nak belai, mesti nak buat main. Kecuali kucing kurap. Ehehe. Azri suka kucing sebab dia chomeyy, dia manja,  dia fluffy, boleh buat kawan, dan dia playful. Kalau bab fluffy tu, semua benda fluffy Azri nk buat main. Ngehehe. 






Kat rumah maktok(nenek) ada bela kucing. Dulu ada banyak. Hampir 20 ekor! Ya, 20 ekor. Macam-macam nama ada. Si Pendek, Tompok, Langsat, Ciku, Neneng, dan banyak lagi laa. Haaa nanti kalau disebut semuanya, juling pulak mata yang membaca. Haha. Masa zaman sekolah dulu, patang jumpa kucing kat dalam kebun @ tepi jalan, mesti azri pungut bawak balik rumah. Sampai jee rumah terus kena marah. "Engko bawak balik kucing banyak-banyak kat rumah ni sape yang nak bela, hah? Yang kat rumah ni pun x terbela engko tau tak?" Huhuhu Azri terus bg kucing tu makan. Yelah, dah bawak balik takkan nak buang balik. Kesian woo. Tapi sekarang da tinggal beberapa ekor jee.


(Gambar Hiasan) Kucing atas ni macam Si Gemok. Si Gemok ni kalau dia marah, dia suka "merungut". Dia suka "buang tebiat", lari sana sini macam ada kucing lain tengah main dengan dia. Hewhew. Agak seram di situ =3

Ingat lagi masa tu, dalam perjalanan nak ke rumah nenek. Time tu hujan renyai. Tengah syok2 kayuh basikal, tiba-tiba azri terdengar bunyi anak kucing kat dalam semak. Azri patah balik & tengok dalam semak tu. Ada seekor anak kucing lebih kurang berumur 2 @ 3 minggu. Tak berapa ingat. Kucing tu dah basah dengan hujan. Azri pun amek dia masukkan dalam beg biar tak kena hujan. Sampai rumah, azri terus keluarkan. Macam biasa, ada "intro"  sebelum Azri sempat cakap nak bela kucing tu. Hehe. Then, maktok tanya nak bagi nama apa. Terlintas dalam kepala Azri nak panggil dia Kuyup sebab dia dah basah masa Azri jumpa dia. Hahaha.  Dalam banyak-banyak kucing, Si Kuyup ni merupakan kucing yang paling setia dengan Azri. Panggil sekali jee dia datang, Azri pergi mana-mana dalam kawasan rumah mesti dia ikut. Kalau Azri marah dia, dia akan diam dan buat muka sedih seolah-olah dia faham yang Azri tengah marah pada dia. Paling best, tiap kali azri sampai jee kat rumah maktok, mesti Si Kuyup ni jadi penyambut.

(Gambar Hiasan) Dia macam Pak Tam. Pak Tam Azri badan dia tough tapi "lembik". Dia suka buat muka ketat, muka poyo, muka tak puas hati. Tapi dia manja.

Dan setiap pertemuan ada perpisahannya. Suatu hari ni, Si Kuyup menyelinap masuk ke dalam rumah dan membongkar tong sampah yang berada di dapur. Maktok perasan dan marah-marah pada Si Kuyup. Siap kena hambat dengan penyapu. Dia tak lari, dia duduk diam2 dengan muka sedih. Tak lama lepas tu dia naik ke ruang tamu dan baring di atas lengan Azri. Dia pandang muka Azri sambil Azri belai dia. "Itu la engko, laen kali masuk rumah jangan gatal nak menyelongkar. Kan da kene hambat. Lain kali da masuk duk duduk la diam-diam." Dia tundukkan muka seolah-olah dia faham yg dia bersalah. Petang tu masa bagi kucing-kucing makan, Azri perasan Kuyup tak ada. Puas Azri cari, tapi tak jumpa. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan seterusnya. Kuyup tak pulang ke rumah. Dia hilang. Mungkin dia mati dipatuk ular tedung, mungkin dimakan ular sawa, mungkin lari ke rumah jiran. Dan dia terus hilang. Lepas dari itu, Azri dah rasa tawar hati, patah hati nak bela kucing, takut nanti bila kehilangan, Azri tak dapat terima. Mungkin kerana terlalu SAYANG. Mungkin kerana Azri akan MERINDUI. But still, Azri masih gilakan kucing XD

Yeahh. Mungkin setakat ni saja yang Azri dapat kongsikan pada masa ini. Kalau ada masa, In Syaa Allah Azri akan coretkan perjalanan hidup Azri yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama. Sama-sama ambil iktibar, mungkin  Ambil yang jernih buangkan yang keruh. ^_^v

Tuesday, 5 February 2013

MUET (Malaysian University English Test)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! ^_^v
How are you guys? Feeling well? I hope every things fine =)
Haa...kali ni Azri nak bercerita serba sedikit mengenai MUET yang akan Azri duduki tak lama lagi. Apa itu MUET? Sejenis kuih ke? (Ingat makanan jee keje dia =P Hahah).

Ok..MUET dalam nama panjangnya ialah Malaysian University English Test. Yeah. English Test! Kebanyakan calon-calon yang menduduki MUET adalah untuk memohon kemasukan ke universiti dan kolej awam atau swasta. MUET adalah prasyarat dan wajib, dalam memohon untuk kemasukan ke semua universiti dan kolej awam di Malaysia. Setiap universiti dan kolej telah menetapkan band yang tertentu untuk setiap kursus yang di tawarkan. Jadi, bagi sesiapa yang nak sambung belajar ke peringkat Ijazah @ Degree @ yang lebih tinggi, cepat-cepat laa ambil MUET. Takut nanti terkandas.

Memandangkan semester ini merupakan semester terakhir Azri belajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Azri dah buat decision untuk ambil MUET dan sambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Yeah. Decision have been made. Sebelum ni Azri tak bercadang pun nak sambung pelajaran, tapi disebabkan "desakan-desakan" daripada ahli keluarga tersayang dan juga semangat yang datang dari orang tertentu (YOUR presence cracked up my shell & woke me up, Thanks ^_^v), Azri berubah fikiran. Demi masa depan yang lebih cerah. In Syaa Allah ^_^v

Firstly, Azri terfikir mengenai speaking test. Owh mannn. Aku tak terer speaking! Kalau setakat baca & buat karangan tu boleh laa In Syaa Allah. Kalau speaking mesti tersyasyul-syasyul. Ok tak mengapa. Azri try cari majalah Bahasa Inggeris. Orang kata majalah Reader's Digest tu bagus. Bagus dari segi penggunaan Bahasa Inggerisnya dan juga isinya. Ya. Azri beli majalah tu. Azri try baca majalah tu dengan nada suara yang sederhana dengan tujuan dapat melembutkan lidah dan melancarkan sebutan Bahasa Inggeris. It really works, a little. Then, Azri minta pendapat dari rakan-rakan yang berpengalaman. Ada yang mencadangkan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Ada pula yang menasihatkan Azri supaya membuat latihan berdasarkan soalan-soalan MUET yang lepas. Hmmm. I WILL try my best to get band 4...at least. (Poyo giler mamat nih. Ada hati nak dapat band four(4) dan keatas =P) Ya, memang terasa harapan tu macam tinggi sangat sebab ramai rakan-rakan seperjuangan yang pro BI kecundang. Yang Pro pun kecundang apatah lagi yang Noob. hahah Negatif sangat fikiran ko tu Azri. Go Azri Go!! Usaha tangga kejayaan!! Huarghh (terkentut)


Antara "kawan" setia yang membantu saya dalam mencari 
bahan-bahan dan latihan MUET, Uncle Google.





Antara blog yang menjadi bahan rujukan.


So, there is no much time left for me. About two(2) more weeks to go. Wish me luck ^_^v



Mimpi

Assalammualaikum ^_^v

Mimpi. Mimpi ada yang indah, ngeri, pahit dan sebagainya. Mimpi hanyalah mainan tidur. Tapi ada kalanya mimpi itu mengandungi petunjuk dan menjadi nyata. Cuma aku tak tahu mana satu mainan dan mana satu petunjuk. Apa yang pasti ianya tetap mimpi. Aku bukan tok dukun nak meramal mimpi nih. Heh =P

Beberapa malam yang lepas, aku termimpi berjumpa dengan mereka. Ya, mereka. Siapa mereka? Mereka ialah arwah kedua ibu bapa dan juga arwah adik ku. Aku tak pasti sama ada ianya permainan syaitan atau kurniaan dariNya. I'm speechless. Terang. Wangi. Air mata mula jatuh berguguran. Mereka tersenyum kearah aku. Aku membalas senyuman dan memberi salam. Dan salamku disambut dengan senyuman. Arwah ibu mengesat air mata ku yang berguguran. Tiada suara dari mereka walaupun sepatah kecuali aku. Aku bersalaman dengan mereka, kucup tangan mereka, kucup pipi mereka, peluk mereka. Perbuatan yang aku rindui selama 14 tahun ini. Kali terakhir aku berbuat demikian ketika aku berumur 6 tahun. Mereka usap kepala ku, cubit pipi ku dan kucup pipiku.


Aku meminta ampun dan maaf daripada mereka. Aku tahu, selama ketiadaan mereka, aku banyak berbuat dosa. Dan aku meminta ampun dan maaf sekiranya dosa-dosa yang pernah aku lakukan selama ini menyebabkan mereka terseksa di alam sana. Mereka hanya tersenyum manis. Mereka melepaskan genggaman tangan ku dan mula menjauh dan hilang dari pandangan perlahan-lahan. Aku hanya mampu menangis.

Selama 14 tahun kehidupanku tanpa mereka, aku hanya mampu melihat kehidupan orang lain bersama ibu bapa mereka. Aku cemburu. Aku hanya penonton. Tapi malam tu, aku diberi peluang. Aku bersyukur walaupun sekejap. Aku bersyukur kerana aku diberikan peluang.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-dosa mereka, Engkau cucurilah rahmat ke atas roh mereka, Engkau jauhkanlah mereka daripada azab api neraka Mu. Amin Ya Robbal 'Alamin.