Saturday, 9 March 2013

MUET: Listening, Writing, & Reading Test

Yeahh! MUET Reading, Writing, & Listening test dah pun selesai. Woohoo! XD Alhamdulillah Syukur. Reading & Listening Test In syaa allah aku boleh score. Tapi untuk Paper Writing agak hancus di situ.

Masa dapat Paper Writing tadi, aku belek-belek soalan dia. Soalan satu(1) kena buat report berdasarkan graph yang dia bagi, dan soalan dua(2) mengenai manusia dan alam sekitar. Aku baca balik soalan satu(1), then tiba-tiba aku blank BLANK! For 20 MINUTES! Argghh! Perlahan-lahan aku mula baca ayat kursi dan ayat penerang hati. Fuh! Alhamdulillah, aku stabil semula. Aku tinggalkan soalan satu(1) dan beralih kepada soalan dua(2). Terus aku draf segala yang terlintas di fikiran. 10 minit kemudian, aku mula mengarang. Mengarang, Mengarang, Mengarang, Mengarang, Mengarang, Mengarang, dan Mengarang. Yes! Siap 1 karangan. XD

Mata terus melirik ke muka jam. Arghh!! Dead me!! About 30 minutes left! Aku dengan gelojoh, terus pergi ke soalan pertama. Dan aku blank lagi. Ya Allah! Bantulah hamba Mu ini. TT__TT Aku nekad, draf je ape yang ada dalam kepala. "10 minutes left!". "Diam la mangkuk tingkat!!"(Hati yang berkata-kata). "Times Up! Please bla bla bla...". Erkk =..=" Aku baru siap tiga(3) perenggan setengah. Adoiyyaii. Masak!

Aku keluar bilik peperiksaan dengan muka kecewa. "Ari, ape macam? Boleh jawab? Susah gak soalan dia tadi". "Boleh la Bhai daripada aku tak jawab langsung, tapi tak tau la boleh score ke tidak. Huhu". Tiba-tiba aku terdengar perbualan antara 2 orang student yang aku tak berapa kenal. "Wehh, aku tak dapat jawab la soalan satu(1) tadi. Tapi soalan dua(2) aku buat. Siap 2 page." Engko biar betul?! Aku pun lebih kurang jugak laa. Adoiyy". Adeh, sedangkan yang amek tusyen MUET tak boleh nk buat semua, apatah lagi aku yang study dengan New Strait Time & Reader's Digest. Huuuuu TT__TT

Kalau aku tak dapat Band 3 MUET, habis laa aku. Janji harus ditepati. Walau apa pun, hidup perlu diteruskan. Yeahh

But that doesn't mean I didn't care about promise that I've made to her. I don't want to lose her. Hopefully every things gonna be OK. In Syaa Allah

Saturday, 2 March 2013

MUET: Speaking

Tiga(3) hari telahpun berlalu daripada tarikh MUET Speaking Test (27 Feb 2013). Segalanya telah pun selesai. Huh!? o_O Nope! Not yet! Reading, Writing, & Listening Test belum lepas lagi. Erkk =..=" Anyway, Speaking test dah pun lepas walaupun tak sebaik yang dirancang. Hmph.

I think I'm well prepared, but I'm not actually. Pagi tu, aku pergi ke bilik menunggu bersahaja, tidak gentar, tiada Gemuruh, buat relax, buat cool, & buat peace. (lebih kurang macam ni laa ^_^v). Group by group examiner panggil. Tangan dan kaki mula rasa sejuk & kebas. Jantung mula berdegup kencang. Adrenalin laju. Ayat Kursi dan ayat-ayat penerang hati semakin rancak dibaca.  Then, the examiner came in and nod on us. It's our turn! Duduk je kat meja discussion, nadi menjadi lebih laju, peluh sejuk mula merembes walaupun keadaan bertambah sejuk. "I lost my thought! Oh Allah please guide me". Walau ape pun aku tetap kena teruskan, sebab lepas habis diploma, aku berhasrat unutk terus menyambung pelajaran ke peringkat ijazah, dan sekurang-kurangnya aku perlukan Band3 MUET dan aku kena teruskan sebab I've made my promise to someone else to achieve Band3!

Rupanya, ada antara kami yang lebih malang sebab dia tak dapat nk bercakap Bahasa Inggeris dengan baik. Bukanlah aku nk menyatakan aku bagus dalam berbahasa Inggeris. Tidak. Sebaliknya aku bersyukur kerana aku mampu berbahasa Inggeris walaupun tidak sefasih OmPutih. Yang rancak "berborak" pada masa tu cuma aku, dan kawan serumah aku. Then, times up dan kami menghembuskan nafas lega setelah ujian selesai. Yeah! XD

Tapi, bila aku sampai rumah, aku perasan yang tangan dan kaki aku masih lagi sejuk walaupun sudah lebih sejam aku keluar dari bilik tersebut. Dan aku terus demam selama dua(2) hari. Urghh =_="