Thursday, 17 January 2013

Bintang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hye semua!! Apa khabar? Amboihh...Happy betul kawan kita yang sorang tu. Mesti ada ape-ape ni kn? Ni ada yang sedih ni kenapa ni? Jangan sedih sedih ok. Nah sapu tangan. Lap air mata tu. Heee ^_^v

Ok...hari ni Azri nk bercerita tentang bintang. Ya, Bintang! Haaa. bercerita pasal bintang, antara korang semua ni mesti ada yang terfikir pasal Bintang Hati. Secret admire a.k.a. buah hati gitu. Hahaha. Tapi, sebenarnya Azri bukan nak bercerita mengenai Bintang Hati, ok. Ni berkenaan bintang yang bertaburan di langit. Pernah tak korang mendongak ke langit dan menatap keindahan butiran-butiran bintang yang bertaburan pada waktu malam? Keindahannya akan lebih menyerlah bila bulan penuh turut menjadi peneman. Mesti pernah kan? Tipu la kalau tak pernah. Hehehe.




Cantik kan pemandangan kat atas ni? Haaa...Siapa yang tak pernah melihat dan menikmati keindahan ciptaan tuhan ni, memang rugi. Masa zaman SPM dulu, azri suka lepak-lepak ambil angin di luar rumah sambil menikmati keindahan malam. Biasanya azri lepak dengan dua orang cousin azri yang azri sendiri dah anggap macam adik-beradik sendiri. Kadang-kadang kami lepak sampai baring kt atas jalan. Biasa la, jalan kat dalam kampung tak banyak kenderaan lalu-lalang. Hehehe. Nampak sangat takde kerja. Sekarang pun masih lagi Azri lakukan aktiviti "bermanfaat" ni, bezanya cuma sekarang ni lepak  seorang diri & azri dah besyo(besar) (dulu dengan sekarang sama je besyonye. huhuhu =P)


Tipu la, kalau salah seorang yang kat atas ni aku. Hahahahah XD

Dalam pada masa Azri menikmati keindahan taburan bintang tu, Azri tertarik pada sebutir bintang yang terang cahayanya. Dia menonjolkan dirinya dengan penuh yakin, tanpa ragu-ragu. Brilliant! Dan dia antara bintang yang tercomel. Bagi Azri la. Setiap kali Azri memandang ke arah langit malam, bintang tu mesti ada kat situ. Tapi kadang-kala azri tak nampak, mungkin dia tak keluar malam tu, atau mungkin dia berada di sebalik awan yang menutup langit. Ada masanya bintang tu nampak tak bermaya, tak ceria, maybe disebabkan cuaca mendung. Dan Azri pun turut terasa kesayuannya.


Nampak tak bintang yang sebutir tu. Hehehe. Terasa happy bila tiap kali azri pandang ke langit, dia ada kat situ sambil memancarkan cahayanya yang terang dan ceria. =D


Azri ada terbaca dalam salah sebuah majalah sains yang menyatakan bahawa bintang itu sebenarnya adalah planet marikh atau bintang regulus. Terdapat empat(4) buat planet yang boleh kita saksikan dengan mata kasar dari bumi, yang paling hampir ialah Marikh. Planet Marikh memancarkan cahaya kemerah-merahan. Bintang regulus pula adalah bintang yang dekat dengan Marikh dan berkedudukan dalam buruj Leo. Ya, LEO. Ada pula yang mengatakan bahawa bintang tersebut ialah sebuah satellite. Antara sebab yang dinyatakan kalau tak silap Azri cahaya yang dipancarkan tak berkelip. Dalam kepala azri dah terbayang yang satelit tu mamantulkan cahaya matahari. Hahaha. Azri tanya kat nenek Azri. Dia kata bintang tu namanya Bintang Timur, sebab bintang tu berkedudukan di arah timur dan antara bintang yang terang. Haruskah aku percaya? Hahahah. Silly me =P Tapi azri percaya dia adalah antara dua(2), Marikh dan Regulus. Azri tak kisah la siapa dia yang sebenarnya, asalkan dia ada kat situ. Bagi azri dia tetap bintang. Bintang chomey yang memancarkan cahaya dengan penuh yakin dan ceria. One in a million. ^_^v

Kalau-kalau korang tau lebih lanjut mengenai bintang ni, boleh la share pada bahagian komen. Azri memohon maaf sekiranya entry kali ini kurang menarik, kurang berisi, dan kalau kalau ada menyinggung "perasaan" Si Bintang Timur a.k.a. Satellite a.k.a. Planet or whatever it is. Almaklumlah, Azri kurang bijak dalam bidang astronomi. Maaf kan saya >_<"

Sekian dari Azri Azizan, anak kelahiran Johor Darul Ta'zim.

p/s: Dengar kata orang Johor pandai berkias. Hehehee ^_^v

1 comment:

  1. bez2..ahhaha..ingt kan intan sorg je suke tgk bintang >.<

    ReplyDelete