
Screenshot bagi game
Command&Conquer 4:
Tiberium Twilight
Screenshot bagi game
Shogun Total War 2
Game ni mengambil latar zaman pemerintan Daimiyo @ Shogun, sebelum daerah-daerah kecil bersatu menjadi negara Jepun.
Screenshot Sim City 4
Susah juga sebenarnya nak jadi
Susah juga sebenarnya nak jadi
seorang datuk bandar yang
berjaya. huhuhu =P
Ok. Selain daripada itu, azri suka memasak. Kenapa? Tak percaya? Heheh. Tapi tak sedap mana pun. kira boleh laa. Tipu la kalau azri masak sedapnya sama taraf dengan chef hotel lima bintang. Dengan tauke warung kat tepi jalan tu pun belum tentu boleh challenge. Yang penting nenek Azri puji, Azri masak lebih sedap dari adik Azri. Muehehe XD (Bangga gila!!) Astaghfirullah, Haha. Azri belajar masak dengan cara eksperiment. Cuba, cuba, & cuba. Sampai sekarang, kalau duduk kt rumah, Azri la jadi tukang masak kat dapur. Time Raya Aidilfitri & Aidiladha pun macam tu jugak. Cuma raya tahun lepas je tak dapat masak sebab sampai kampung pagi raya. Ishk ishk. Sedihnyeee T___T
Haaa...ni azri tak tau ape
yang Azri masak. Huhu =P Broccoli+Steamed Chicken Breast+Kidney Bean+Tomato+Telur. Layan (Cap jempol sebijik)
Ni favourite den, asam pedas ikan pari. Dalam asam pedas ni biasenye bubuh serbuk kari sikit. Nenek Azri yang ajar.

Antara menu utama masa raya, rendang daging. Nyum nyum
Dan hobi yang terakhir sekali yang azri boleh nyatakan di sini ialah, azri suka merayau. Huhuhu. Nampak sangat bosan tahap dewa. Kalau dulu time sekolah rendah, Azri suka merayau dalam kebun dan panjat pokok. Haaaaa. Jangan tak percaya pulak. Tapi sekarang da tak boleh da. Kalau boleh pun, mesti pokok tu merayu-rayu kat Azri supaya jangan panjat. Ekekeke XD Tiap kali balik rumah lepas merayau, mesti kene bebel dengan nenek, "Engko amek cangkul ngan parang gi memancah kat kebun tu lagi bagus! blablabla". Erkk =..=" Sekarang azri da tak merayau kat kebun lagi da. Semenjak dua menjak ade CIK SAYANG satu ni, memang merayau atas jalan raya je laa. Hihihi. Jangan jeless. Biasanye kami akan ronda-ronda dalam bandar, kampung, atau mana2 tempat yang mempunyai pemandangan yang indah dan menenangkan jiwa. Tapi Azri jarang merayau dalam shopping mall, Summit Parade, Batu Pahat Mall, dan sewaktu dengannya. Terlalu crowded, banyak distraction. Kadang-kadang rase nak muntah. Weekkkk =..="
Wokehh. Kalau nak cerita pasal hobi Azri yang lain, memang banyak. Takut nanti ada yang juling pulak baca entry panjang-panjang. Yang kat atas ni adalah antara perkara yang kerap Azri lakukan sebagai hobi. Setakat ni je la yang azri mampu tulis dalam Th3Wand3r3rsDiary ni ^_^
Harap maaf kalau ada yang tersinggung ^_^v
Siapa agaknya CIK SAYANG tu ek?? heeee
Harap maaf kalau ada yang tersinggung ^_^v
Siapa agaknya CIK SAYANG tu ek?? heeee





No comments:
Post a Comment