Tuesday, 5 February 2013

Mimpi

Assalammualaikum ^_^v

Mimpi. Mimpi ada yang indah, ngeri, pahit dan sebagainya. Mimpi hanyalah mainan tidur. Tapi ada kalanya mimpi itu mengandungi petunjuk dan menjadi nyata. Cuma aku tak tahu mana satu mainan dan mana satu petunjuk. Apa yang pasti ianya tetap mimpi. Aku bukan tok dukun nak meramal mimpi nih. Heh =P

Beberapa malam yang lepas, aku termimpi berjumpa dengan mereka. Ya, mereka. Siapa mereka? Mereka ialah arwah kedua ibu bapa dan juga arwah adik ku. Aku tak pasti sama ada ianya permainan syaitan atau kurniaan dariNya. I'm speechless. Terang. Wangi. Air mata mula jatuh berguguran. Mereka tersenyum kearah aku. Aku membalas senyuman dan memberi salam. Dan salamku disambut dengan senyuman. Arwah ibu mengesat air mata ku yang berguguran. Tiada suara dari mereka walaupun sepatah kecuali aku. Aku bersalaman dengan mereka, kucup tangan mereka, kucup pipi mereka, peluk mereka. Perbuatan yang aku rindui selama 14 tahun ini. Kali terakhir aku berbuat demikian ketika aku berumur 6 tahun. Mereka usap kepala ku, cubit pipi ku dan kucup pipiku.


Aku meminta ampun dan maaf daripada mereka. Aku tahu, selama ketiadaan mereka, aku banyak berbuat dosa. Dan aku meminta ampun dan maaf sekiranya dosa-dosa yang pernah aku lakukan selama ini menyebabkan mereka terseksa di alam sana. Mereka hanya tersenyum manis. Mereka melepaskan genggaman tangan ku dan mula menjauh dan hilang dari pandangan perlahan-lahan. Aku hanya mampu menangis.

Selama 14 tahun kehidupanku tanpa mereka, aku hanya mampu melihat kehidupan orang lain bersama ibu bapa mereka. Aku cemburu. Aku hanya penonton. Tapi malam tu, aku diberi peluang. Aku bersyukur walaupun sekejap. Aku bersyukur kerana aku diberikan peluang.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-dosa mereka, Engkau cucurilah rahmat ke atas roh mereka, Engkau jauhkanlah mereka daripada azab api neraka Mu. Amin Ya Robbal 'Alamin.



No comments:

Post a Comment